Pages

Wednesday 28 December 2016

Itenari Jenjalan Cameron Highland

Itenari jenjalan Cameron ^__^


*Kavy Hotel RM 350
*Kereta sewa (Persona auto) RM 120 + deposit RM 50
Tiket bas pergi balik Cameron RM 35 + 32 (s0rang)
* bahagi 4 orang

Total cost sorang RM 197

Kos makan? Kitorang makan kat Restoran Abang & Keluarga.
Tengahari = Nasi berlauk less RM 10
Malam = Steambot n grill RM 25
Breakpes = Nasi lemak sambal strawberi less RM 10

Murah kan? 

Sedap pon sedap. tapi sambal strawberi dia pedas.so bagi min makan. hehe Steambot tu blh makan sampai puas sebab dia buat ala buffet. Kitorang pon asyik bangun amik lauk nk grill. fish fillet dia sedap gillerr. huhu

Jenjalan?
Tak sempat jalan banyak tempat pon sebab kat sana hujan lebat plus jalan jem. Musim cuti sekolah kan, krismas pulak tu.. tapi nasib baik la sempat jugak merasa kutip strawberi tu n jenjalan kat ladang teh. Ole-ole pon beli sikit je. Kalau tak jem nak je pergi Taman Agrotek Mardi, tapi sangkut jem so lupakan je la. Bas pon nasib baik beli tiket pkul 1.45, kalau beli tiket petang, tak xtau la apa jadi.

Hasrat nak pergi lagi cameron sebab tak puas ronda. tengok la kalau ada rezeki next year ke? hehe


Nah sikit gambar masa kitorang kat sana.

Kavy Hotel








Okay bye!!
Friday 30 September 2016

Balik Kampung

My village
Assalamualaikum. Hari ni hari jumaat, 30 September 2016. Da lama da nak tulis pasal entri balik kampung ni. Tapi asyik nanti la nanti la. So, balik kelas tadi rasa nak menulis plak. hehe. 

Okeh, rasa nya ni la first time aku rasa paling lama tak balik aku tak balik kampung. Almost 9 months. Dalam masa tu, raya puasa dengan raya haji aku tak balik kampung pon. Sambut raya kat KL je. Agak terasa tak best la jugak sebab da biasa balik kampung every raya. Asal raya je mesti la ramai yang berkumpul rumah nenek, then selfie ramai-ramai. Riuh rumah tu. So bila raya KL ni, rasa terasing sangat. huhu

Maybe sebab time SPM, sekolah teknik dulu kat sana, so every weekend mesti balik rumah nenek. Masa diploma pon aku selalu balik bila start cuti sem atau raya ke? Kalau cuti sem sebulan macam tu, seminggu tu aku guna untuk balik kampung. 

* kejap, korang tau tak aku sekolah teknik kat mana? hehe.. SMT Kuala Krai, Kelantan
 * kampung kat mana? Kg Joh, Labok, Machang, Kelantan. 

Jenjalan naik moto pastu nampak ni. Snap sebab rasa lawa.
Setengah orang tak faham kenapa aku suka sangat balik kampung. Mungkin sebab dorang jarang balik kampung kot? Or maybe takde kenalan kat sana ke? Lain kes dengan aku. Ada banyak sebab aku suka balik kampung. 

1. Aku ada ramai kawan dari Kelantan. So aku boleh set plan nak jumpa ke, makan-makan ke?
2. Aku ada ramai family dekat kampung. I have a very big family that it is hard to explain to other, and basicly they live near to my nenek's house. Tinggal dalam kawasan yang sama. Nak jalan tu jauh la jugak, tapi naik motor dekat la. Hee.

Jadi, sebelum start sem baru ni, aku decide nak balik kampung sekejap. Yela, nak tunggu habis sem memang idok le. Nak intern lagi, takot terkejar-kejar je nanti. So, sempat la balik dalam 5 hari camtu. Even sekejap, and tak jenjalan mana pon, aku still rasa happy and excited dapat balik kampung. Da la balik kampung 4 hari lepas raya haji. Sampai je depan rumah nenek, dia cakap ketupat da habis da. Hehe. 

Plan sebenarnya nak balik dengan keretapi tapi sebab spontan punya plan, so beli tiket bas online. Bas Darul Naim memang pilihan aku dari dulu sebab bas dia hanya setingkat je. Kalau tiket bas ni habis, aku suka beli tiket bas Perdana Express even 2 tingkat.  

Tak banyak aktivity pon yang aku buat kat kampung. Just duduk berehat je. Pegi cari makanan yang da lama aku craving, petang2 gi jenjalan naik moto pusing kampung, tak pun main dengan baby Qayyim, baru 5 bulan. Ni la first time jumpa. Sempat la jugak pergi bandar machang hari Isnin tu, so amik peluang jenjalan pasar sena and naik atas market makan mi goreng basah. Sedap...!

Nasi kerabu
Mi Mat Jeng
Mi Goreng Basah atas Pasar Machang
Selfie dengan baby Qayyim. Susah nak agah dia kasi senyum.
So, ni je lah. Next entri plak k? Assalamualaikum.
Friday 2 September 2016

Happy 59th Merdeka, Malaysia!


#happy59nationalday
Assalamualaikum. 

This entry kali ni nak cerita sikit perasaan aku time pi tengok perbarisan live merdeka kat area Sogo time 31 Ogos lepas. Aku tak pegi sorang. Aku, Wani, Miin, Azue and Musa sepakat nak tengok perbarisan sekali. So, kitorang pakat nak gerak pkul 7.30 pagi dari umah then jumpa kat masjid jamek.

Kenapa tak tengok kat Dataran Merdeka? Plan memang camtu memula. Then tengok orang ramai plak kat sane. So aku and Wani decide nak tengok kat area Sogo je sebab perarakan ni akan lalu Sogo lepas Dataran Merdeka nanti. Kitorang cari spot dekat bangunan DBKL, tapi orang ramai sangat. Siap ada yang hampar tikar atas jalan lagi. 
 
Untuk aku yang baru first time ni agak terkejut la jugak tengok semangat orang Malaysia kita nak sambut Merdeka. Time ni, ada satu perasaan aneh yang menyelinap dalam hati. Rasa bangga, gembira dengan semangat orang Malaysia kita yang masih bersemangat sambut merdeka. Da tak kira warna kulit and agama da. Semua duduk tunggu nak tengok perarakan sama-sama. Serius kalau korang pon mesti rasa the same feeling as mine. 

Perarakan merdeka
Dalam pkol 8.30 pagi camtu baru perarakan start. Best jugak tengok live ni. Biasa tengok kat tv je. Ada pro and kontra jugak. Depends la pada korang. Kalau tengok tv, dapat tengok full persembahan yang dekat dataran tu. Tapi takat tu je la. Tak rasa excited sangat. If tengok live, kene hadap panas, orang pon crowded, penat berdiri, and tak dapat tengok full persembahan. But, korang akan rse seronok, lagi-lagi kalau pegi dengan kawan-kawan ke family ke? Hehe.

Asset askar
Macam-macam persembahan ad, pancaragam dari pelbagai pasukan, perarakan dari pelbahai unit agensi, dan juga persembahan jet, kenderaan atau aset dari pasukan polis and askar. Masa ni la dapat tengok betapa besarnya kereta kebal, motor, kereta, and bot yang askar and polis ni guna. Jenis uniform pon smart sangat. Nak cite ni, pilot jet dorang kan hensem... Hehehe. Wani ngan Miiin dapat bergambar ngan dorang. Jeles. Sebab time tu aku jalan ngan Azu. Kalau tak mesti dapat bergambar skali. Hehehe.

#merdeka

#sayaanakmalaysia
Perarakan ni tak lama pon, sebab dalam pkol 10.30 pagi camtu kitorang gerak jalan ke LRT Bandaraya nak makan kat Sunway Putra Mall. Perut lapar. But before gerak tu ofkos la nak selfie puas-puas dulu kan? 

Da puas, then kitorang pi Sunway Putra Mall tu. Kitorang bawak bekal sebenarnya. Memang pakat dari awal da. Ingat nak makan area Dataran tu tapi lupe plak yang Dataran tu tak de tempat yang boleh lepak sebab guna untuk persembahan merdeka. Tu yang decide sane tu. Semata-mata nak makan je. Makan pulak kat kafe Chatime. Nasib baik dorang tak kisah. Hehehe. 

Siap makan, ronda dalam tu jap then kitorang gerak balik. Tu je? Tak tengok wayang ke shopping ke?
Tak weh! Penat berdiri lama tadi. Dorang je yang shopping baju ckit sebab dorang intern sem ni. Aku sem depan bru intern. Harap dapat intern kat good place nanti. Doakan aku. ^___^

Baru ada gambar Miin.
Ok la. Tu je nak share. Assalmualaikum.







Tambun Day 2

Tambun D-2
Assalamualaikum semua. 
Hari ni nak sambung tulis cerita aku jenjalan kat Tambun Day 2 pulak.

Hari kedua kat Tambun, Selasa, 16 Ogos 2016, bangun je dari tido kitorang start pagi dengan breakpes. Kitorang makan samyang, biskut and air tin yang beli dekat Giant. Tak yah susah nak cari bekpes kat luar. Da jimat da duit kat situ. Pas makan, kitorang pi mandi kolam pulak yang ada dekat homestay tu. Semalam da mandi, hari ni mandi lagi. Hehehe. Bila lagi nak swimming, balik kl nnti da tak jumpa kolam da. 

Mandi kolam puas-puas, kuak lentang, terjun kolam, selpie, berenang kasi puas, and gelak pon masing-masing da macam puntianak je gaya sampai kene tegur dengan orang sebab bising sangat. Hehehe, penat mandi kolam, perut da start lapar kitorang sume balik bilik. Rehat kejap, kemas-kemas barang, lepak-lepak jap tunggu pukul 2. 

Sambil tunggu tu, aku, chacha and nana keluar pi Giant jap cari makanan untuk lunch. Perut lapar weh! Memula tu nak cri KFC je dalam Giant, alih-alih xde pulak KFC dalam Giant. So decide beli makanan yang ada kat food court je. Murah jugak makanan situ, sedap pon sedap. Aku tapau kuew tiaw goreng, pergh sedap gileeee. Kawan-kawan aku order nasi ayam. Pon sedap gak nasi ayam kat situ. Air pulak kitorang pi tapau kat kedai mamak sebab nak minum teh ais and teh o ais yang memang kaw punye. Kalau beli kat kedai biasa teh dia pon biasa-biasa je la. So, terpulang la korang nak beli kat mana kan? 

Balik homestay, makan-makan kasi perut kenyang dulu. Time makan ni, kitorang pakat kasi rasa makanan yang kitorang beli. Tu yang aku cakap nasi ayam situ sedap tu. hehe. Siap makan, solat jamak zuhur ngan asar pastu baru check out. 

But, tak kan nak balik terus kan tak nak ronda-ronda ke? Jauh ni datang Perak. So kitorang pi tempat yang Kak Nana suggest. Kitorang jenjalan Kellie Castle, Gunung Lang, and Taman Polo (known as Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz).

Kellie Castle
Kat Kellie Castle ni, kitorang tak masuk dalam pon, sebab tujuan datang just nak bergambar je. Heee. Tapi nak masuk tu korang kene la bayar RM 5 as ticket nak enter castle ni. Dalam pikiran kitorang, termasuk la aku ni ha, biasa nya muzium free je nak masuk. Paling tak pon bayar singgit je. Sebab aku biasa la jugak masuk muzium kat Melaka dulu. So, puas amik gambar kitorang move ke Gunung Lang pulak. 

Gunung Lang
Personally, kawasan kat Gunung Lang ni sangat best. Damai, tenang je rasa. Maybe sebab kawasan situ banyak pokok kot and hijau je. Tu yang rasa aman je tu. Nak enter kene bayar RM 5 sebab dorang akan bawak kita pi Taman Gunung Lang naik bot. Gunung Lang ni ada tasik and dalam tasik ada banyak ikan yang besar-besar and gemuk. Makan sorang pon tak habis aku rasa. So, korang boleh la beli makanan ikan masa nak beli tiket tu ha. 

Tapi.... jangan rasa takut or geli pulak ye masa nak bagi makan ikan. Sebab ikan memang akan banyak gile yang berebut makanan. Aku tengok pon naik seram tengok ikan ni agresif sangat. Da macam perang ikan je. Huhu ayat tak le blah kan? Hehehe. So bila bot da sampai,  kitorang pon naik  la bot. Pastu bot ni bawak pi kat taman dia. 

Cantik sangat taman dia. Ada rumah tradisional melayu lama, mini zoo, and menara yang macam menara kat tepi laut tu. Lawa sangat. Pokok pon banyak. Konfirm korang rasa seronok kat sini. If korang jenis yang enjoy nature la. Heeee.. Lama jugak kitorang kat dalam taman ni. Lama sebab selpie kot, hehehe.  Mini zoo tak banyak haiwan sangat. Just ada burung unta and rusa je. Makanan pon takde nak kasi. So tengok je la dari luar. 

Masa kitorang round dalam taman ni, kan ada rumah melayu lama tu kan? Ada orang berkelah kat dalam tu. Gaya macam dorang ada buat jamuan makan-makan kat situ. So, bagi aku la kan, it was good idea if korang ad nak sambut any celebration kat situ. Lagi-lagi kalau pakai baju melayu ke, baju kurung ke, then pakai kain sarung kat kepala. Fuh, lawa weh. Klasik gitu. Da macam cite lama-lama pulak rasa. Hehe. Tu just suggestion and imaginasi aku la. 

Laksa Kedah
Last, kitorang jenjalan and makan kat Taman Polo. Sini kak nana cakap ada laksa sedap so, kitorang singgah la nak makan. Nak cari nye tak susah pon, cari je food truck yang jual laksa, so itu la tempat nak makannya. Sebab food truck lain banyak jual air, keropok, pisang goreng. Murah je laksanye. Dalam RM 5 da dapat da laksa and air. Tengok gambar cam biasa je kan? Tapiiiiii... kuah laksa dia sangat sedap! Suka hirup kuah dia. Tambah lagi aku ni memang penggemar laksa. Heehee. Sambil makan laksa kitorang ad la jugak order keropok lekor. Sedap makan panas-panas. 

Siap makan, maka perjalanan balik ke KL pon bermula. Dalam pukul 6 petang camtu baru gerak balik. Aku pon pukul 9.30 malam camtu da sampai umah da. 

Kalau perasan, dalam gambar kitorang pakai baju warna putih and tudung warna pastel kan? Kitorang memang da plan dari awal pon nak sepakat pakai camtu masa last day kat Tambun. So ini la hasilnye, lawa kan? Hehe korang pon digalakkan pakat pakai camni. Konfirm puas hati bile tengok gambar sendiri. hehe

#bajuputihtudungpastel
Mostly apa yang aku dapat dari cuti kali ni, aku rasa seronok sebab dapat jenjalan dengan Qila, Caca, Atin, Pida and Kak Nana. Masing-masing tak banyak songeh. Hehe rasa senang jenjalan ngan dorang. Hope masa akan datang pon dapat peluang jenjalan ngan dorang lagi. Just apa yang aku kesal is aku tak dapat nak gilir-gilir drive dengan Chacha. Kesian dia penat drive. Nasib baik Atin ada, dia yang ganti Chacha. So aku kene cepat-cepat biasakan diri drive so nanti boleh gantikan dorang drive pulak. ^__^

So, itu je la yang dapat aku kongsi kan untuk entry kali ni. 
Assalamualaikum!

Thursday 18 August 2016

Tambun Day 1



Assalamualaikum. Petang-petang tulis blog sambil makan biskut sedap jugak. Heeee memang tengah makan pon ni ha. Kali ni nak tulis cerita sepanjang 2 hari aku dan kengkawan jenjalan and mandi manda di Tambun. 

Kami plan da lama da nak gi Tambun, before final exam gitu. Plan nak gi 7 orang but because she had urgent matters, so we proceed with only 6 of us which is me, Qila, Kak Nana, Atin, Pida, and Chacha. Master plan was Chacha. Dia yang settlekan pasal bajet sume. Aku just hulur duit je. Hehehe. 

Hari Isnin, 15 Ogos 2016, jam 10.00 pagi camtu kitorang da start gerak dari rumah Chacha ke Perak. Masuk je dalam kereta, semua pakat excited. Nyanyi lagu same-same, joget dalam kereta la apa la.  Yela, menjadi jugak plan ni. Sebab for me, ada banyak la jugak halangan nak gi Tambun ni. For example, adik Chacha masuk hospital and hampir je nak extend plan gi hari Rabu. Nasib kitorang baik sebab adik Chacha da boleh balik hari Ahad. So, plan berjalan as we plan. 

Alpine Village
Sampai area Tambun dalam pukul 12.30 tengahari. Kitorang tak tido hotel, but kitorang tido homestay yang dekat dengan The Lost of Tambun tu. Apa da name nye, Alpine Village Apartment. Homestay ni Qila yang settlekan sebab kenalan adik dia ada offer servis ni. Homestay ni just RM 200 semalaman. Ada 3 bilik tidur, 2 bilik air, dapur, and fully furnish. Tv, meja, sofa, seterika, air-con, perkakas nak masak pun ada. Dalam bilik air pulak da ada shampu, shower and ubat gigi. Sangat baik owner homestay ni. Ha, swimming pool pon ada tau. 

Sandwich, Sushi, Mihun Goreng and Puding Koktel
Then, kitorang rest kejap sambil makan makanan bekal yang Qila, Kak Nana and Chacha bawak. Hehehe jimat da duit makan tengahari kat situ. Lepas zuhur, dalam pukul 2.00 petang kitorang da siap-siap nak gi mandi kat Lost World of Tambun. Tak jauh pon, 5 minit je naik kereta. Tiket nak masuk RM 60 untuk dewasa. Memang rasa agak mahal, but for me its okay. Sebab kita boleh main sampai petang kan? And, kat dalam tu, macam-macam boleh main. Main roller coster, viking ship, tengok haiwan macam harimau, zirafah, kucing, and more. 

Da masuk dalam tu, simpan barang dalam loker kitorang gerak gi main roller coster dulu. Naik benda ni seram weh. Menjerit-jerit macam hape je aku, turun je terbatuk-batuk, orang lain rilek je. Pendek je pun roller costernya. Seram lagi yang dekat Time Square tu. Qila tergelak je tengok aku. Huhuhu. Pastu, kitorang g tempat yang ada buaian yang pusing-pusing tu *taktauapanakpanggil*. Yang ni memang aku give up awal-awal tak nak main. Macam best je tengok dorang naik buaian tu. Tapi dorang cakap pening main. Next, kitorang naik viking ship. Yang ni agak gayat la jugak and geli perut. Huhu, but yang ni kira ok lagi sebab dia tak pusing 360 darjah, just 180 darjah je. Naik menda ni buat Kak Nana nangis, sebab dia serik da naik yang pusing 360 darjah tu. Kesian dia. Hehe.

Gebu kan kucing tu? Tapi kenapa garang sangat muka? Heee
Ha lupe nak cerita, masa kitorang jalan nak ke roller coster tu, ada satu bilik ni ada banyak kucing yang gemuk and gebu. So, sume masuk dalam ni. Memang lebat bulu kucing ni, masing-masing da pegang kucing-kucing ni. Hehehe geram la tu. But ada satu kucing ni takde bulu langsung. Dia bogel. Hehehe eh tak, kucing tu baka dari kucing firaun katanya staff yang ada dalam bilik tu. Tak tau la betul ke tak pe yang aku dengar ni. Huhuhu. Puas amik gambar, baru la main roller coster. 

Next, baru la kitorang main air. Kitorang tak beli pon pelampung sebab da ada pelampung yang da disediakan masa nak naik gelongsor. So pakai yang tu je mase nak main. Lazy river tak main. Just main yang ombak tu, gelongsor and kolam air panas je. Ye la kalau beli, pastu pelampong just guna untuk main ombak je mesti membazir kan. So aku suggest korang yang plan nak ke Tambun nanti tak payah beli pelampung. Hehe.

Main gelongsor sume best. Dari 6 jenis gelongsor, 5 je yang aku main sebab tak larat nak panjat tangga, semput. Huhu. Yang best skali gelongsor yang right shape tu. Yang kita akan turun pastu naik ke atas then turun dari belakang then dia akan naik balik. *taktaunakbagitaucamne* *taktaunameapa* Kolam air panas pon best. Ada banyak kolam and suhu pon lain-lain setiap kolam. Suka berendam dalam kolam air panas. Rasa refreshing gitu. Hehehe.

Naik shuttle
Hari tu, kitorang sume naik shuttle yang boleh pusing-pusing tu, but yang tak tahannya, kitorang naik 2 round tak turun-turun tu. Hehehe plan nak main kayak tapi kena bayar pulak. Harga tak termasuk sekali dengan yang tiket RM 60 tu sebab kayak tu macam da masuk ekstrim punya aktiviti. But kalau nak main pon, just bayar RM 5 je untuk main kayak. RM 20 untuk main flying fox. Dorang ada offer aktiviti yang macam teroka gua tu but not sure berapa harga. So, kitorang sepakat tak main kayak. 

Habis berendam dalam kolam, kitorang decide nak balik. Keluar dari situ dalam pukul 6.00 petang camtu. Amik gambar puas-puas lu baru la naik kereta. Kitorang tak terus balik homestay tau, kitorang gi Giant, cari samyang. Dengan baju yang tak basah sangat ni, masuk dalam Giant membeli-belah agak-agak ada orang pernah buat tak? Hehehe. Da siap beli barang baru la gerak balik homestay. 

Sampai homestay, mandi, rehat, makan samyang, solat then dalam pukul 8.30 camtu kitorang keluar cari makan kat luar pulak. Tak jauh pon kedai makan nye, dekat je. Hehehe. Kitorang makan set nasi putih ngan siakap stim, daging masak merah, udang celup tepung and tomyam. Air pulak dapat jus oren yang jag besar tu. Sodap. Habis dekat RM 100 jugak la, but sebab makan 6 orang, so sorang just provide RM 17. Ok la kan? Perut kenyang hati senang. Hehehe.

Gerbang malam
Lepas tu, kitorang singgah lepak dekat padang ni, dekat dengan dewan perbandaran apa dah, lupe.. hehe. Tapi kitorang lepak tak lama sebab rase unsecure, gelap sebab tak banyak lampu yang pasang so kitorang gi Gerbang Malam pulak. Ok not bad but tak banyak orang, peniaga and tak hidup macam uptown kat KL. Aku da dapat barang yang aku nak (beli handsock), then kitorang gerak balik homestay. 

Balik homestay, rest kejap, then tido. 
Thats all untuk Tambun Day 1. Nanti sambung yang Day 2 pulak.

Saturday 18 June 2016

Cozy Place (Review)



Assalamualaikum.
Hari ni nak buat revew sikit pasal satu kedai makan or restaurant yang nama nya Cozy Place. Ada dekat sekitar Wangsa Maju je, nanti kat bawah aku masukkan detail pasal restaurant ni ok?

Kisahnya birthday aku di sambut dekat sini dengan geng kesayangans. Sebelum ni memang tak pernah pergi kat sini. So, ni la first time sampai. Restaurant dia bertemakan ala-ala omputih but soooo nice! Cantik. Tu baru ko tengok dari luar, belum dekat dalam lagi. Haaaa.

Bahagian dalam kedai ni pon nice jugak. Kemas susunan meja dia. Tempat memasak dekat depan, sangat lain dengan kedai makan biasa yang tempat memasak ada dekat belakang kedai. And, bila ko masuk je dalam kedai, ko takkan jumpa kek or desert yang sedap-sedap pon. Tapi dalam restaurant ni ada! Hmmm tengok pon terliur. 

Waiter dorang pulak ada uniform sendiri so it make dorang kelihatan kemas. Even chef pon pakai uniform chef yang warna putih yang selalu tengok dekat drama tu ha. Perasaan dia macam ko gi makan dekat hotel je. Huuuu. 

Okay next nak cite pasal makanan yang aku dan kawan-kawan makan. Dorang ada servis makanan western dan jugak goreng-goreng. Harga standart ko makan tempat yang sedap la kan. So jangan nak bajet harga mahal ke apa. Nak makan murah g la food court mane-mane konfirm dapat murah. 

Hmmm aku order char kuew tiaw. Sedap tapi even da request tak nak pedas, still terasa pedas dia even tak kuat mana pon pedas nya. Kawan-kawan banyak order western food cam chicken chop. tunggu tak lama on, kejap je. Mula-mula aku punya yang sampai dulu, so aku makan la slow-slow. Pastu chicken chop sampai, mak aih, siap ada deco lagi, memang nampak sedap sangat la kan? Huhuhu. Sorry tak de gambar. 

Ha, time ni kan, chef dorang ada jugak survey customer dia termasukla kitorang. So bila dia tanya okay ke tak makan tadi? Aku cakap la ok, chicken chop ni sedap. Sos dia sangat sedap. So dia pon senyum je. Anyway, kalau tak salah aku la kan, chef tu la owner Cozy Place tu. 

Details about Cozy Place boleh tengok kat sini!

So itu je review aku pasal Cozy Place, terima kasih luangkan masa baca. Kyak!! 
*thumbs up*

Thursday 16 June 2016

Birthday Prank

Doreamon >__<

Assalamualaikum! Sihat ke? Heee. 

Kali ni entri nak cerita pasal my birthday prank. Sedia maklum aku da umur 23 tahun ni. But still feeling young and beauty. Ceh ayat. Hak tuih. Haha. Okay, nak buat cerita, my birthday was on XX April and jatuh hari sabtu. So memang takde gi mana-mana. Duduk dalam rumah je. So, kawan-kawan mostly wish dekat FB, WS je. Ada yang nakal sikit gi post dekat IG. Huhu.. Thank you, terasa di sayangi sangat 2, 3, 4 hari. Heeee.

Ada sorang member geng kesayangans birthday dia 2 May, (Kak Nana). Prank planner, Chacha pon ajak la nak buat birthday prank hari Jumaat petang lepas kelas. Aku pon on je la kan, gila tak nak join! Best tu prank orang kan? Hehehe.. Plannye nak buat makan-makan la nak ajak Kak Nana tu ha, nasib baik dia on. So masing-masing ada task masing-masing. Geng ni ada sepuluh orang. Tapi Qila bagitau yang dia tak dapat ikut sebab parent dia nak pick up malam tu. Saja nak mainkan perasaan . Huuhuuu.

Sp Chacha, Atin, Qila gerak dulu g Wangsa Walk cari barang.
Shira kena g pick up Hana dengan Mira baru gerak g sana. 
Aku dengan Fida kena culik Kak Nana sebab nak drag time. 
Ika tak dapat ikut.

Aku nye pulak bersungguh nak drag masa. Fida nak singgah umah sewa dia amik barang dulu. Aku dengan tak solat asar lagi, so solat kat umah sewa dia. Kak Nana teman kitorang. Da settle sume, kitorang pon gerak la. Tuptup maghrib, singgah solat dekat masjid UTM KL jap da alang-alang nak g Wangsa Walk kan?

Da siap solat, aku asyik main nset je sebab nak kontak Qila, Mira tanya da ready lom? Nak drag masa lagi ke tak? Risau sebab takut tak menjadi pranknya. Hehehe. So da sampai area Wangsa Walk tu, kitorang melilau la kan cari tempat makan yang Chacha suggest, Cozy Place. Cari-cari-cari ...... sesat! Hahaha. Last-last Chacha datang pick up. 

Dalam kete aku sempat la tanya, 
"Korang kalau excited sangat kan, korang nangis tak?
Sebab aku boleh nangis kalau excited. Heeee." 
Sebab aku tak sabar nak tengok reaction Kak Nana nanti camne. 

Ok, da parking, da kua kete, da masuk dalam kedai makan, jalan gi meja..... aku jalan belakang Kak Nana, Fida belakang aku. Dorang nyanyi birthday nye lagu tu, aku pon nyanyi la skali. Pastu aku dengar ni, "Happy birthday to Nana ngan Meq..." 

I was like " Haaaa! " terkejut! Pastu Fida "Kitorang prank ko skli la Meq!" 
Hahahahhaa dia gelak. 

Aku da macam apa da, nangis je manjang. Huhu. Aku tengok je dorang gelakkan aku, Kak Nana pon cite la aku dalam kete tadi ada gitau yang aku tak boleh excited, nanti nangis. Maaf la , aku memang camni. Tak boleh excited cikit. Mesti nangis punya. Even mase nak grad diploma pon nangis.

Atin datang peluk aku. Huhuu " Alaaaaaa Meeeq! Jangan la nangis, nanti kita pon nak nangis jugak." Hahaha atin ni memang camni. Kelakar. Hehe ok da serik sikit, dorang soh tiup kek. Aku pon g la berdiri dekat ngan Kak Nana. Tengok kek, eh asal Doraemon ngan Sunio ni? Hahahahha ada ada je la dorang ni. Ni nama gelaran dalam geng kesayangans je. Doreamon tu aku, Sunio tu Kak Nana. Hehehe. 

Da tiup-tiup kek, duduk kat kerusi masing-masing, start order makanan, baru la Chacha bukak cite. Mana boleh tak sambut birthday aku, kena sambut. Even lambat. Sebenarnya kitorang saja je suruh ko jalan sekali ngan Kak Nana so boleh prank ko sekali, hehehe. Oh, jahat kan dorang? Tapi sweeet sangat. Sayang u all till the mooon lah.

Sayang 1
Sayang 2
Terima kasih kawan dengan aku. Layan perangai aku yang kadang naik, kadang turun, kadang marah, kadang ngada ni ha. Terima kasih sebab tak pernah merungut and selalu teman aku gi makan la, buat asimen, jenjalan la, hape la. Terima kasih. Aku ni bukan jenis yang suka bagitau aku sayang kat someone tau. So, through this blog, aku harap korang tau apa yang aku rasa di jauh sudut hati aku yang comel ni ha. Heeeee. 

So hikmah dekat sini, 
#nakprankorangkenadirisendiri
#betterlatethannever
#loveyourfriends

Ok sini dulu, nanti nak buat review pasal Cosy Place pulak! Assalamualaikum.